Kerjaya Ayo Edebiri

Televisyen

Edebiri merupakan seorang pelawak komediri, dan membuat persembahan set komediri menerusi Up Next di Comedy Central. [7] [5] Siri digital skripnya Ayo dan Rachel Are Single mula disiarkan pada Mei 2020, yang mana beliau menulis dan membintangi Rachel Sennott . [8]

Beliau adalah seorang penulis televisyen, dan menulis untuk musim tunggal The Rundown with Robin Thede dan <i id="mwQg">Sunnyside</i> . [2] [5] Edebiri menyertai krew penulisan Big Mouth untuk musim kelima rancangan itu. [9] Selepas Jenny Slate berundur daripada watak Missy sbagi membolehkan watak tersebut dimainkan oleh pelakon kulit hitam, Edebiri telah mengikuti uji bakat dan dipilih sebagai pengganti pada Ogos 2020. [2] Beliau mula menyumbangkan suara bagi watak tersebut pada penghujung musim keempat rancangan itu. [2] Edebiri merupakan seorang penulis dan pelakon dalam musim kedua Dickinson di Apple TV+ . [3]

Projek-projek beliau yang lain termasuk penerbitan dan penulisan bersama untuk Mulligan, siri animasi untuk Netflix dan menyumbang suara bagi watak utama dalam siri animasi We Lost Our Human, juga untuk Netflix. [2] Beliau juga memainkan watak pembantu dalam filem adaptasi novel Jennifer E. Smith, Hello, Goodbye, and Everything In Between. [10]

Edebiri ialah pelakon utama siri komedi FX Hulu, The Bear . [11]

Kerja lain

Edebiri menjadi hos bersama podcast yang dipanggil Iconography bersama Olivia Craighead yang menampilkan temu bual dengan tetamu dalam perbualan tentang ikon peribadi mereka yang dikongsi. [8] [5] Podcast ini dikeluarkan oleh Forever Dog dan musim kedua disiarkan pada 2020. [12]

Rujukan

WikiPedia: Ayo Edebiri http://www.ellecanada.com/culture/movies-and-tv/be... https://deadline.com/2020/10/jenniferayo-edebiri-n... https://deadline.com/2022/05/fx-summer-premiere-da... https://www.forbes.com/sites/rosaescandon/2019/10/... https://www.pastemagazine.com/comedy/ayo-edebiri-a... https://www.rollingstone.com/tv/tv-features/ayo-ed... https://thegrapevine.theroot.com/ayo-edebiri-is-no... https://twitter.com/ayoedebiri/status/117980849649... https://www.vanityfair.com/hollywood/2020/08/ayo-e... https://variety.com/2020/tv/news/big-mouth-ayo-ede...